Here I am, jotting down bit to bit about what I think about life. This is life according to me. -Qarin Almaduri, 22

Short essay



I joined this mini competition by Buku Fixi in regard of the release for their new book entitled Patung. It's a 200-words essay competition, using 'Patung' or doll, or mannequin as the theme for the essay. I made one, but wasn't chosen to be one of the five winners. Oh, it's written in Malay, by the way. Anyways, here, give it a read.

*******

“Stesen seterusnya, KLCC.”

Kaku. Tak bermaya. Beginilah gamaknya pemandangan sehari-hari dalam tren waktu pagi.

Aku tersengih.

“Buat apa hidup, kalau berkejarkan ‘punch card’ dan berlandaskan duit semata?” getus hati kecil.

Kita, generasi Y, di sebalik setiap kemajuan yang ada, aku rasa kita yang paling mundur. Kita tak ada perang yang bagi peluang untuk berjuang, kita tak ada konflik, dari kecil sampai mati. Kita tak ada ciptaan yang boleh dibanggakan generasi depan.

Hidup kita macam sebuah patung; tak ada tujuan. Sejak lahir kita dah dicop dengan nombor produk, yakni surat beranak, yang kemudiannya menjadi MyKad. Pergi sekolah, masuk universiti, cari kerja, kahwin, mati. Semua ahli generasi ni duduk atas plot hidup yang sama.

Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Jalan sesak.

Aku tersengih lagi.

Kita bekerja untuk cari duit yang kemudiannya kita bayar kepada orang yang bagi kita duit. 

Bersesak-sesak, berpenat-lelah, bersumpah-seranah, hasilnya kau bagi kat orang yang bagi hasil. Untung orang tu.

Sampai bila nak hidup macam ni? Macam robot? Macam zombi? Macam patung? Sampai bila?

*******
“Stesen KLCC.” Pembesar suara berbunyi sekaligus menghentikan lamunan aku.

Aku tersengih, lantas mencapai beg sandang, turun tren, dan bergegas ke tempat kerja.


Heh.

Patung, by;
M. Qarin Al Maduri

No comments: