Here I am, jotting down bit to bit about what I think about life. This is life according to me. -Qarin Almaduri, 22

Malu

Ada orang kata malu tu elok, buat terjaganya harga maruah;

"Try la bodoh, mana tau boleh menang macam aku haritu."

"Kepala bana kau, tak ke malu mak bapak kau dengan orang lain kalau tau kau main nombor ekor?"


Ada orang kata malu tak elok, buat kau hilang peluang terhidang;

"Mai ler sini, join sekali makan spaghetti ni, habis kang, nangis tak berlagu."

"Takpela makcik, dah kenyang dah makan strawberi dua bijik tadi."


Tapi aku kata malu dan apa benda sekalipun adalah elok, selagi kena pada tempat masa dan keadaan. Tapi masalah dia kat diri aku yang satu ni. Biasa dengar kan bila perempuan malu-malu kucing, ketaq lutut bila cakap dengan lelaki. Nampak comel, sopan, aku tau. Dan aku pun rasa macam tu bila cakap atau interact in any kind of way dengan opposite gender; tapi yang bangsatnya, aku LELAKI!

Berpeluh sejuk, melilau mata, terketaq lutut, tergagap kata, terkelu lidah; semua benda ni jadi bila aku interact dengan perempuan. Well, most of the times. Memula, masa sekolah menengah dulu, aku positif, cakap yang benda ni, sikap ni, habit ni akan hilang once aku step in university. But guess what? My thought isn't even close with what is currently happening as aku makin hari makin kimak, makin hari makin segan nak cakap even satu perkataan dengan perempuan.

Ya, kita terkadang rasa macam tu bila cakap dengan orang yang kita suka. Tapi takkan la aku suka setiap perempuan kat UIA tu cibai? Aku tau la bezakan mana perempuan yang aku suka, yang natural je, dan yang aku tak suka.

Aku bukan risau aku tak dapat kahwin nanti, sebab berkahwin memang sejujurnya, tak ada dalam perancangan jangka pendek mahupun jangka panjang hidup aku. Aku takut bila fikir sampai mati pun aku takkan mampu nak berinteraksi dengan perempuan dengan baik. Suka orang tu, suka orang ni, tunggu orang tu, tunggu orang ni, tapi apa guna kalau malu aku lagi tinggi dari The Great Wall of China, lagi tebal dari tembok pemisah Palestin-Israel. So please, sesiapa yang ada tips, sila kongsi kat ruangan komen. Boleh?

P/s: Mungkin yang bini Matyo sibuk terjerit "jantan dayus, jantan dayus!" tu sebenarnya ditujukan kat aku. Hm.


Jantan dayus, kot,
M. Qarin Al Maduri

3 comments:

FF said...

tips untuk berhadapan dengan perempuan :

1) clean-shaven dan berpakaian kemas. ia sedikit sebanyak mampu menambahkan confident anda untuk berdepan dengan mereka.

2) act natural. be yourself. jangan pura-pura or tunjuk hebat. kalau tak tahu atau tak mampu, cakap je. ego tu kena turunkan sikit. macam kau, tak hensem. cakap ah jujur tak hensem. sesungguhnya bersikap jujur itu lebih menarik perhatian wanita. lol.

3) kalau ketaq lutut sangat, just smile. tapi kalau dia wat derk je, memang satu tamparan hebat dalam hidup. namun, life goes on. biasalah tu.

sila ambil nasihat ini seserious mungkin. barang siapa yang tak ikut, maka celakalah mereka. hahaha.

Anonymous said...

while you rarely update your blog, i have already deleted mine. did you miss me? oh you commented on my blog posts twice. and that's a big deal since i'm a girl haha but anyways good luck in life, i don't know how uni life is like, but i'm pretty much enjoying my life as a school student. i'm sitting for spm next year, so wish me luck too hehe

Qarin Almaduri said...

Faiz Fahmi:
Know what? Fuck clean-shaven or whatever cuz I love my mustache. What makes you think that I can be cocky and all kalau cakap sikit dah berpeluh tapak tangan? And last, sorry, taknak amek kau punya advice cuz I'd rather jadi celaka dari layan advice loser hahaha :p

Anon:
I think I know who you are, or not? You can just tell me your name though. I miss everything about blogging, including interacting with my bloggie friends. Well, I leave pretty much number of comments throughout the internet, so care to remind me? Thank you, and best of luck! :)